Isnin, 5 April 2010

kepelbagaian budaya di Malaysia


2 ulasan:

  1. Malaysia mempunyai kepelbagaian budaya yang amat menarik. Ini disebabkan oleh peranan yang dimainkan oleh tiga kaum besar di Malaysia iaitu melayu, cina dan india. Oleh itu menjadi tanggungjawab kita sebagai rakyat Malaysia untuk menjaga dan mengembangkan lagi warisan budaya Malaysia.

    BalasPadam
  2. Pelajar perlu memainkan peranan untuk mengekal dan mengembangkan kepelbagaian budaya ini dan untuk itu, pelajar telah diberi tugas selaku pegawai kebudayaan dan kesenian negeri Terengganu untuk merancang program yang dapat menambahkan lagi pengetahuan pelajar dan masyarakat terhadap kebudayaan tiga kaum utama di Malaysia dari segi tarian, pakaian dan juga makanan. Program ini dirangka dan hendaklah diadakan selepas peperiksaan UPSR.

    Pelajar dikehendaki menghasilkan brosur dan poster untuk majlis persembahan malam kebudayaan tersebut. Pelajar juga perlu menjemput peserta tarian dari sekolah jenis kebangsaan cina dan india yang mana lebih pakar dalam budaya masyarakat cina dan india atau pun murid perlu mendapatkan jurulatih bagi tarian melayu, cina dan india.

    Penilaian dibuat berdasarkan pemerhatian terhadap penglibatan murid dan juga menggunakan boring soal selidik. Seterusnya penilaian dari rakan sebaya, kendiri dan dari guru-guru juga diambil kira.

    Jangka masa tugasan ini ialah 7 minggu.

    BalasPadam